1.Sayyidina Abu Bakar Assiddiq R.A ''Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik diantara kamu.Apabila kamu melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tapi bila kamu melihat perbuatanku salah maka betulkanlah''. (Ucapan sewaktu perlantikan khalifah)
''Semenjak aku masuk islam belum pernah kukenyangkan perutku,demi dapat merasakan segarnya beribadah dan belum pernah aku puas minum kerana sangat rindunya aku terhadap ilahi''. ''Orang yang cerdas ialah orang yang takwa.Orang yang dungu ialah orang derhaka.Orang yang dusta ialah orang yang khianat.Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai''. ''kami diuji dengan kesusahan maka kami sabar tetapi ketika diuji dengan kesenangan hampir-hampir kami tidak sabar''.'
''Manusia yang paling celaka ialah raja-raja.Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain''.
